Search This Blog

Monday, October 25, 2010

Antara Perkara YG layak bg Isteri Memohon FASAKH......

Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan perkara berikut:

1. Suami cuai memberi nafkah atau tidak memberi nafkah selama tiga bulan.
2. Suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamad.
3. Suami tidak menjalankan kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
5. Suami gila atau menghidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang lama untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh, dan jika diteruskan perhubungan suami isteri akan menjejas kesihatan isteri.
6. Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
a. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
b. Bercampur gaul dengan perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
c. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
d. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
e. Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
f. Jika suami mempunyai isteri lebih daripada satu, suami berkenaan tidak melayannya dengan adil sebagaimana dikehendaki Islam.
7. Kerana sesuatu sebab lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.


Monday, October 04, 2010

12 Barisan di Akhirat.....



12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasullullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.a.w.: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada Aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:


BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."


BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."


BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala ke bawah dan kaki ke atas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."